Monday, February 20, 2023

SEMESTER 2: TEMA KERJA KURSUS 2023

 Pelajar boleh semak manual kerja kursus dalam portal MPM

Tema 2023 adalah:



1. EKONOMI: PELANCONGAN

Contoh tajuk adalah seperti

1. Kesan pelancongan XXX di XXX ke atas pendapatan masyarakat setempat.

2. Aglomerasi pelancongan XXX ke atas kemakmuran ekonomi setempat.

3. Pelancongan luar bandar : suatu sumber ekonomi masyarakat setempat, kajian kes XXX (contoh eco     pelancongan, edupelancongan dll)

4. Impak kedatangan pelancong terhadap pendapatan pemandu teksi di sekitar Bandar Melaka.

5. Tahap ekonomi pemandu pelancong di Pulau Langkawi.

6. Kegiatan Homestay membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Taman Angkasa Perak.

* Subsektor pelancongan yang boleh dikaji untuk tema ini adalah peruncitan,pengangkutan(teksi,bus pelancongan,grab,MRT,LRT dll), makanan dan minuman, kraftangan/industri kreatif, Cuti-Cuti Malaysia,penginapan (hotel, homestay,chalet,Inn)


2. SOSIAL DAN BUDAYA: KEJIRANAN

Contoh tajuk adalah seperti berikut

1. Activiti kejiranan masyarakat XXX berbanding kejiranan masyarakat XXX.

2. Meningkatkan that kejiranan melalui aktiviti adat-budaya sesebuah masyarakat XXX

3. Perayaan Tadau-Kaamatan dalam meningkatkan tahap kejiranan masyarakat di Negeri Sabah

4. Sambutan Hari Gawai dan pengaruhnya terhadap budaya kejiranan masyarakat setempat.




Sunday, February 19, 2023

SEMESTER 2- TIPS MENULIS PENDAHULUAN KERJA KURSUS

Berikut adalah tips mudah yang boleh menjadi panduan menulis pendahuluan untuk pelajar.
Bahagikan pendahuluan anda kepada 5 perenggan.

Perenggan 1

Nyatakan fakta/statistik/trend atau apa-apa maklumat umum mengenai isu tajuk anda. Contohnya kalau tajuk pelajar adalah mengenai "ekonomi:pelancongan" nyatakan fakta dan maklumat umum mengenai pelancongan di Malaysia dan seterusnya dikaitkan ke kawasan kajian. Maklumat umum boleh merangkumi dunia ataupun Malaysia sahaja atau kedua-dua sekali ( lebih baik).

Contoh:
..........Mengikut statistik Kementerian Pelancongan Malaysia sejak Januari hingga September 2017 seramai 24.7 juta pelancong telah mengunjungi Malaysia. Pada tahun 2019 pelancong menyumbang RM86.14 billion iaitu 13.3 peratus kepada KDNK negara melalui 26.1juta pelawat antarabangsa yang massue ke negara ini......


Perenggan 2

Nyatakan pendapat seseorang terkenal dalam negara ataupun luar negara mengenai isu yang dibincang. Boleh juga  gunakan petikan dari majalah, suratkhabar bahan internet yang sah.

Perenggan 3

Berikan definisi istilah/perkataan atau frasa yang digunkan dalam tajuk. Definisi boleh diambil dari kamus ataupun mana-mana bahan akademia yang sah.

Perenggan 4

Perkenalkan lokasi dan responden secara rengkas.  Kaitkan latar belakang responden dan lokasi dengan isu secara umum.

Perenggan 5

Nyatakan rasional kajian anda. Huraikan rasional dengan mengkaitkan trend/maklumat umum dengan lokasi dan responden anda.

Maklumat/huraian mesti menggunakan minimum 3 sumber rujukan. Seluruh kajian minimum 5 sumber rujukan

Harap ianya membantu.