Sunday, February 19, 2023

SEMESTER 2- TIPS MENULIS PENDAHULUAN KERJA KURSUS

Berikut adalah tips mudah yang boleh menjadi panduan menulis pendahuluan untuk pelajar.
Bahagikan pendahuluan anda kepada 5 perenggan.

Perenggan 1

Nyatakan fakta/statistik/trend atau apa-apa maklumat umum mengenai isu tajuk anda. Contohnya kalau tajuk pelajar adalah mengenai "ekonomi:pelancongan" nyatakan fakta dan maklumat umum mengenai pelancongan di Malaysia dan seterusnya dikaitkan ke kawasan kajian. Maklumat umum boleh merangkumi dunia ataupun Malaysia sahaja atau kedua-dua sekali ( lebih baik).

Contoh:
..........Mengikut statistik Kementerian Pelancongan Malaysia sejak Januari hingga September 2017 seramai 24.7 juta pelancong telah mengunjungi Malaysia. Pada tahun 2019 pelancong menyumbang RM86.14 billion iaitu 13.3 peratus kepada KDNK negara melalui 26.1juta pelawat antarabangsa yang massue ke negara ini......


Perenggan 2

Nyatakan pendapat seseorang terkenal dalam negara ataupun luar negara mengenai isu yang dibincang. Boleh juga  gunakan petikan dari majalah, suratkhabar bahan internet yang sah.

Perenggan 3

Berikan definisi istilah/perkataan atau frasa yang digunkan dalam tajuk. Definisi boleh diambil dari kamus ataupun mana-mana bahan akademia yang sah.

Perenggan 4

Perkenalkan lokasi dan responden secara rengkas.  Kaitkan latar belakang responden dan lokasi dengan isu secara umum.

Perenggan 5

Nyatakan rasional kajian anda. Huraikan rasional dengan mengkaitkan trend/maklumat umum dengan lokasi dan responden anda.

Maklumat/huraian mesti menggunakan minimum 3 sumber rujukan. Seluruh kajian minimum 5 sumber rujukan

Harap ianya membantu.




No comments: