SOALAN STPM PENGGAL 1,2,DAN 3
2016 Ulangan
2016
2013
STPM Penggal 1
2012
Bahagian B [15 markah]
Bahagian C [50 markah]
2012
Bahagian B [15 markah]
Jawab semua soalan.
16 Huraikan dua cara bagaimana seorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah. [4markah]
i. ...............................................................................
ii. ...............................................................................
17 Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia. [3markah]
i. ...............................................................................
ii. ...............................................................................
iii. ...............................................................................
18 Terangkan empat peranan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.[4markah]
i. ...............................................................................
ii. ...............................................................................
iii. ...............................................................................
iv................................................................................
19 Terangkan dua keadaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu merujuk terlebih dahulu kepada Kerajaan Negeri sebelum sesuatu perkara yang baharu dilaksanakan. [4markah]
i. ...............................................................................
ii. ...............................................................................
iii. ...............................................................................
iv................................................................................
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.
20 Penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan perlu dilakukan untuk memastikan golongan pekerja di negara ini memperoleh pendapatan yang berpadanan dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji miimum tersebut.
21 Warisan budaya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Oleh itu, langkah-langkah bagi memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu diambil. Bincangkan.
STPM Penggal 2
2016 Ulangan
2016
2013
STPM Penggal 3
(2013)
Add caption |
2014
Bahagian A (15 markah)
1. Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia?
I Memperjuangkan hak negara-negara Selatan
II Menekankan penyelesaian konflik secara rundingan
III Menjaga hubungan dengan negara yang sama ideologi
IV Mengutamakan hubungan dagangan dengan negara-negara
utara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
2. Yang manakah objektif dasar luar Malaysia?
A Memelihara kedaulatan negara
B Mewujudkan keamanan sejagat
C Melindungi negara-negara miskin
D Mengekalkan penguasaan ekonomi
3. Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengamalkan dasar luar bercorak pro-Barat?
A Malaysia sebagai anggota pertubuhan negara Komanwel
B Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara
C Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad
D Hubungan akrab dengan negara prodemokrasi
4. Yang manakah kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara-negara serantau?
A Forum Serantau ASEAN
B Wilayah Ekonomi Koridor Utara
C Zon Aman , Bebas dan Berkecuali
D Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-malaysia-Thailand
5. Perisytiharan 'Zon Aman, Bebas dan Berkecuali" oleh ASEAN bertujuan untuk
A menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear
B menyelesaikan pertikaian di Asia tenggara secara rundingan
C mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
D menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara
6. Perundingan multilateral yang bertujuan untuk membina keyakinan
dalam memelihara keamanan dan kestabilan
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Mesyuarat Asia-Eropah
B Forum Serantau ASEAN
C Sidang Kemuncak Asia Timur
D Dialog Antarabangsa langkawi
7. Yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam hubungan antarabangsa?
A Menjadikan ASEAN sebagai tonggak dasar luar negara Malaysia
B Memperjuangkan pasaran terbuka dalam kerjasama Selatan-Selatan
C Menghantar tentera pemerhati di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam
D Menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Palestin dalam menuntut hak mereka
8. Malaysia memberikan bantuan untuk membangunkan keupayaan negara-negara membangun melalui
perkongsian pengalaman pembangunan.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Rancangan Colombo
B Dialog Antarabangsa Langkawi
C Program Kerjasama Teknikal Malaysia
D Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
9. Malaysia menyertai Kerjasama Selatan-Selatan untuk
A menggalakkan kerjasama antara benua
B meluaskan pasaran barangan Malaysia
C menjadi peneraju bagi negara-negara Selatan
D mengatasi masalah ekonomi yang didiami negara-
negara Selatan
10. i. Mengelakkan campur tangan negara maju dalam
hal ehwal negara lain.
ii. Menghormati hak asasi manusia
Penyataan di atas merujuk kepada sokongan Malaysia dalam
A Pertubuhan Persidangan Islam
B Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu
C Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
D Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
11.Yang manakah isu kerjasama yang Malaysia bincangkan dalam ASEAN?
I Pencegahan penyakit AIDS
II Keselematan makanan
III Peraturan pilihan raya
IV Membanteras rasuah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
12 Yang manakah yang benar tentang pendirian Malaysia dalam isu-isu
antarabangsa?
A Menyokong sekatan ekonomi terhadap Iraq
B Menentang kebangkitan puak ekstremis secara kekekrasan
C Menyokong penggunaan nuklear untuk tujuan keselematan
D Menggesa negara maju lebih iltizam dalam menyelesaikan isu alam
sekitar global
13 Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan teknolgi hijau?
I Kos yang tinggi
II Kurang insentif daripada kerajaan
III Tiada sumber tenaga yang mencukupi
IV Teknologi bergantung kepada negara maju
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
14. Yang manakah isu yang terankum dalam Protokol Kyoto?
A Ancaman pencemaran jerebu
B Pembebasan gas rumah hijau
C Kekurangan bekalan makanan dunia
D Keselematan makanan yang diubah genetik
15. i. Sidang Kemuncak Copenhagen 2009
Yang manakah cabaran dalaman yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk mencapai
hasrat persetujuan dalam perkara di atas?
A Kesedaran mengenai hak asasi
B Kekurangan sumber tenaga manusia
C Integriti rakyat mengenai alam sekitar
D Kelemahan sistem pendididkan negara
Bahagian C (50 markah)
18. Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaraan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam di luar negara. Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi oleh Malaysia untuk menjayakan misi tersebut. Jelaskan.
19. Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai "keldai dadah" oleh sindiket dadah antarabangsa terus meningkat. Permasalahan ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bincangkan.
20. Penemuan dan penjanaan tenaga nuklear banyak memberikan faedah kepada manusia. Namun begitu, pada masa yang sama tenaga ini juga mendatangkan risiko kepada kehidupan sejagat. Bincangkan.