Penggal 3- Alih Bentuk Komunikasi

Kemahiran 
- Berkemampuan menganalisis dan mentafsir pelbagai bentuk media secara logik dan kritis

Keperluan calon
- menganalisis data dan fakta
- membuat perhitungan/pengiraan dan penaakulan

Format Jawapan ( 15 markah)
1.  Pendahuluan
2. Isi - 4 isi diperlukan
3.  Kesimpulan

Tips menganalisis soalan
- Pelajar harus ingat bahawa soalan dalam bahagian ini selalunya  mempunyai dua bahagian iaitu
  i. Data (Analisis/Rumusan Data- maklumat diperolehi dari media yang diberi)
    Empat perkara perlu diberi perhatian. Adakah kehendak soalan meminta...
     1.  pola perubahan,
     2.  bandingan
     3.  kaitan atau
     4.  Umum/Aliran/Alasan
  ii. Pengetahuan ( faktor, kesan, langkah...Maklumat tiada dalam media tapi perlu dinyatakan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.). Untuk bahagian ini, isi jawapan tiada dalam media tetapi dari pengetahuan sedia ada pelajar.

Seperkara lagi yang pelajar harus juga beri perhatian dalam bahagian pengetahuan iaitu adakah ianya
i. bergabung
ii.berasingan

Bergabung 
1. Setiap isi  diikuti dengan maklumat pengetahuan yang dikehendaki dalam soalan
2. Jawapan soalan berbentuk ini  adalah 4 + 0

Berasingan
1. Rumusan data di beri dahulu dan baru diikuti dengan kehendak maklumat pengetahuan
2/ Jawapan soalan berbentuk ini adalah 2 (rumusan data)  + 2 (rumusan pengetahuan)

Contoh Soalan
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008, dan huraikan bagaimana sesebuah negara dapat meningkatkan FDI ke negara tersebut.


ALIRAN MASUK PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) KE NEGARA TERPILIH ANTARA TAHUN 2007 DENGAN TAHUN 2008

Negara
Tahun



2007
2008
% Perubahan
Kesatuan Eropah
899.6
518.3
-42.2
Amerika Syarikat
271.2
316.1
16.6
India
25.1
41.6
65.7
Jepun
22.5
24.4
8.4
Singapura
31.6
22.7
-28.2
Thailand
11.2
10.1
-9.8
Indonesia
6.9
7.9
14.5
Vietnam
6.7
8.1
20.9
Malaysia
8.4
8.1
-3.6


                                                                        (Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009/2010, Kementerian Kewangan Malaysia
Analisis Soalan
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008,( bahagian ini memerlukan pelajar untuk bandingkan data dalam jadual yang diberi)  dan huraikan bagaimana sesebuah negara dapat meningkatkan FDI ke negara tersebut.( langkah untuk meningkatkan- maklumat tiada dalam media.)


Contoh soalan

1. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008, dan huraikan bagaimana sesebuah negara dapat meningkatkan FDI ke negara tersebut. ( Berasingan.. rumusan data dahulu dan seterusnya rumusan pengetahuan)

2.

Kelemahan Pelajar

 Tidak faham soalan dengan betul


 Pastikan kehendak soalan









 Pastikan format jawapan



 Interpretasi data










 Penulisan Unit data
Baca soalan dengan teliti
Baca lebih dari sekali dan gariskan kata kunci.

Selalunya kehendak soalan adalah meminta pelajar menyatakan

 1. pola
 2. membuat bandingan,
 3. membuat kaitan, 
 4. menyatakan aliran
 5  atau lain-lain ataupun
 6.  gabungan dua kehendak.
 Anda harus kenal pasti kehendak soalan dengan betul.

Terdapat dua jenis format jawapan .
1. Bergabung- sebab digabungkan
2. Berasingan- sebab/langkah/kesan diberi secara berasingan

1. Data anggaran-Pastikan jika ada petunjuk anggaran , maka data untuk tahun tersebuat mesti dinyatakan sebagai data anggaran
2. Nilai negatif dalam jadual bukan bermaksud menurun tetapi punyai interpreasi berlainan. Contohnya kadar pertumbuhan -2.3 bermaksud kematian lebih dari kelahiran, suhu -2.3 bermaksud tahap beku.

Anda harus tulis unit untuk setiap data dengan lengkap. Contohnya _____________ orang guru, ___________ buah kereta, ____________ biji oren