Thursday, May 2, 2019

SEMESTER 2: MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEM 2 2020

Sedikit tunjuk ajar

1. Pastikan semua pelajar mahir melukis media. Media akan memberi anda 20 markah. Mesticekap menyiapkan jadual dalam masa10 hingga 15 minit dan seterusnya melukis media dalam masa 20 minit. Paling PENTING luangkan 2 minit untuk menyemak media anda. Semak 5 perkara berikut:
            i. TAJUK: Pastikan dalam huruf besar dan ditengah. Mesti mula dengan nama tempat, perkara dan tempoh masa. Tempoh mesti dinyatakan dari tahun berapa ke berapa.(tidak boleh menulis frasa seperti "tahun-tahun yang dinyatakan")

Contoh :
     MALAYSIA: JUMLAH EKSPOT KE NEGARA ASEAN DARI TAHUN 2000 HINGGA 2008.
       
         ii. Label paksi Y dan X dengan penuh dan betul bersama unit.
         iii. Titik origin
         iv. Petunjuk
         v. Maklumat di paksi Y dan paksi X
         vi. Jika ada data 'anggaran' pastikan ditunjuk dalam media. Tuliskan anggaran di tajuk
              mengikut tahun yang terlibat dan di paksi x semasa labelkan tahun untuk media
               yang dilukis.
2. Soalan struktur. 4 soalan struktur.. fokus pada
        i.    Petunjuk negara maju
        ii.   Langkah membentuk negara maju
        iii.  Rukun Negara ( mesti tahu objektif dan kepentingan)
        iv.  Wawasan 2020 ( mesti hafal 9 cabaran. Sebarang soalan berkaitan negara maju 
              boleh digunakan 9 cabaran ini sebagai isi)
        v.   Dasar-dasar negara

3. Soalan karangan. Soalan mengikut tema. Contohnya
        i.    Intergriti
        ii.   Intergrasi
       iii.   Orang kurang upaya
        vi.  Peningkatan harga barangan
        v.   Teknologi hijau
        vi. Pekerja asing
             dll
4. Mesti menjawab semua soalan. Bahagikan masa dengan bijak.

5. Baca jawapan untuk soalan tahun-tahun lepas.