SEMESTER 1 _ Malaysia Kekal Berdaulat

Sukatan Pelajaran Secara Rengkas- Pelajar harus teliti sukatan pelajaran. Ianya akan memberi satu garis panduan apa yang pelajar harus belajar/tahu untuk peperiksaan.


NEGARA BERDAULAT

KONSEP DAN CIRI


Dibawah topik ini pelajar harus mendalami dua perkara iaitu konsep dan ciri negara serta pembentukan negara Malaysia
        - 
Menurut www.organisasi.org

Negara adalah suatu daerah atau wilayah yang ada di permukaan bumi di mana terdapat pemerintah yang mengatur ekonomi, politik , sosial, budaya, pertahanan keamanan dan lain. Di dalam suatu negara minimal terdapt unsur-unsur negara seperti rakyat, wilayah, pemerintah yang berdaulat serta pengakuan dari negara lain.




Ciri-ciri negara umum
- mempunyai sempadan yang diiktiraf antarabangsa
- mempunyai sistem pemerintahan yang baik
- mempunyai penduduk yang tetap


Ciri-ciri negara berdaulat
 - Negara telah merdeka dan bebas dari jajahan
-  Negara berkusa sendiri . Memilih pemimpin dari kalangan rakyat.
-  Negara mempunyai pemimpin berwibawa
- Negara  beridentiti seperti punyai bendera.
     

Apa itu Negara?

Negara adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tetap dan berdaulat , sempadan yang diiktiraf dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Cara pembentukan sebuah Negara
Cara pembentukan setiap negara di dunia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Walau apapun sejarah pembentukannya, terdapat beberapa ciri yang harus di patuhi untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara. Ciri-ciri ini adalah ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Ciri-ciri utama yang harus dimiliki untuk diik  tirafkan sebagai sebuah negara adalah mempunyai:
i. sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa
ii. penduduk yang tetap
iii. kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam
iv. kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di mana bebas dari naungan penjajah
v. hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan
vi. Lambang negara antaranya seperti perlembagaan, agama rasmi, dan simbol
vii. kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan antarabangsa
viii. kemudahan sosial seperti pendidikan

SISTEM KERAJAAN SESEBUAH NEGARA
Pembentukan sesebuah negara selalunya bukannya terdiri daripada satu kawasan pemerintahan tetapi terdiri daripada lebih dari satu kawasan pemerintahan (beberapa negeri bercantum untuk menjadi sebuah negara. Contohnya Malaysia adalah cantuman 14 buah negeri). Percantuman sebegini berlaku secara sukarela ataupun dicantumkan secara paksa oleh kuasa penjajah. Percantuman sebegini membawa pada dua kuasa pemerintahan iaitu pentadbiran kerajaan “pusat” dan juga kerajaan “negeri”. Kerajaan merujuk kepada institusi yang akan mentadbir dan mengurus hal-ehwal negaranya .Corak pembahagian kuasa kerajaan pusat dan negeri membawa pada jenis sistem kerajaan negara tersebut. Sistem–sistem kerajaan yang terdapat di dunia adalah:

i. Kerajaan Persekutuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- kuasa politik dibahagi di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- berlaku perkongsian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri
- kerajaan pusat mempunyai autonomi terhadap beberapa perkara dan begitu juga dengan
  kerajaan negeri
- tiada berlaku penindasan kuasa oleh satu pihak terhadap pihak yang lain
- Contoh negara yang mengamalkan sistem ini adalah Malaysia, India, Amerika Syarikat
  dan Kanada

ii. Kerajaan Konfederasi
- negara juga dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- namun tidak berlaku perkongsian kuasa
- kuasa kerajaan sepenuhnya terletak pada kerajaan negeri
- kerajaan pusat hanya mempunyai kuasa terhad sahaja
- kerajaan ini tidak wujud lagi pada masa kini
-contoh: Konfederasi Jerman Utara 1867-71

iii. Kerajaan Kesatuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan  kuasa politik beberapa negeri
- juga tidak berlaku perkongsian kuasa
- kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
- kerajaan negeri mempunyai kuasa yang terhad
- kerajaan pusat berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan di peringkat negeri
- Contoh: Denmark ,Britain,Sweden, New Zealand, Perancis dan Norway.

BENTUK NEGARA
Selain dari sistem kerajaan , bentuk sesebuah negara juga dibezakan mengikut ketua negara tersebut. Setiap negara diasaskan mengikut salah satu daripada jenis kerajaan seperti yang dijelaskan di atas iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan kesatuan ataupun kerajaan konfederasi. Selain dari iti, setiap negara juga mempunyai seorang ketua di mana beliau memegang jawatan sebagai ketua negara. Ketua negara boleh dianggap sebagai simbol kedaulatan negara tersebut. Dalam dunia terdapat dua jenis ketua negara iaitu:

a. Raja atau Ratu – Negara yang mempunyai seorang raja atau ratu sebagai ketua maka ianya dikenali sebagai Negara Beraja. Negara-negara beraja boleh dibahagikan lagi kepada dua iaitu:
                       i. Raja Mutlak
                       ii. Raja Berperlembagaan

b. Presiden – Negara-negara yang tidak mempunyai raja akan diketuai oleh seorang presiden. Negara yang diketuai oleh seorang presiden dikenali sebagai Negara Republik. China adalah sebuah negara republik kerana diketuai oleh seorang presiden manakala Malaysia pula adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan kerana diketuai oleh seorang raja (Yang Dipertuan Agong).

IDEOLOGI KERAJAAN SESEBUAH NEGARA
Setiap Negara yang dibentuk harus juga mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh. Ini juga merupakan suatu ciri utama sebuah Negara. Sebuah kerajaan yang baru dibentuk boleh memilih ideologi kerajaan mereka. Di antara ideologi kerajaan yang terdapat di dunia adalah :-

a. Demokrasi
- rakyat mempunyai suara mutlak ( melalui pilihanraya)
- konsep “kerajaan untuk rakyat dan oleh rakyat
- kebebasan persamaan dan hak-hak
- sistem pilihanraya
- kemenangan berasaskan jumlah undi yang terbanyak bagi individu atau parti politik
- utamakan kebebasan,persamaan dan hak-hak rakyat
- mula diamalkan oleh orang-orang Yahudi di Athens

b. Komunisme
- diperkenalkan oleh Karl Marz, Lenin Stallin dan Mao Ts Tung
- melaungkan slogan “sama rata, sama rasa’
- faktor pengeluaran dan milik rakyat dihakmilikan oleh negara
- Kini hanya diamalkan dengan sepenuhnya di Cuba

c. Fasisme
- diperkenalkan oleh Mussoli dari Itali
- kuasa mutlak di tangan pemimpin negara
- raykat diwajibkan untuk berkorban untuk pemimpin

d. Nazisme
- diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman
- menghalalkan kekejaman

e. Sosialisme
- negara mengamalkan dasar tutup pintu
- matlamat asas untuk menghakmilikan semua kekayaan menjadi hak negara

f. Autokratik
- mempunyai persaingan politik yang terhad
- pemimpin-pemimpin menekankan kepada nasionalisme
- biasanya menggunakan paksaan, kekerasan dan ugutan untuk memperoleh kepatuhan dan kesetiaan rakyat
- kebebasan media dan kehakiman dikawal rapi

Kebanyakan negara di dunia menggunakan sistem kerajaan berideologi demokrasi.
Ideologi komunisme terkenal pada satu masa dulu namun dengan robohnya blok Soviet Union maka kemasyhuran komunisme mula berkurangan dan kebanyakan negara yang pada satu masa dulu mengamalkan ideologi komunisme kini mengamalkan ideologi demokrasi.



Ciri-Ciri Negara Malaysia



PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA

SEJARAH RENGKAS

1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka

            Walaupun terdapat petempatan dan pemerintahan sejak awal namun sejarah Malaysia selalunya dikaji bermula dari Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400an boleh dikategorikan sebagai sebuah negara  di mana kesultanan tersebut mempunyai sempadan, penduduk yang tetap, satu sistem kerajaan, simbol kedaulatan dan hubungan diplomatik. Melaka pada masa itu boleh dianggap sebagai sebuah‘negara’ kesatuan dan beraja mutlak. Kedaulatan Melaka telah bertakhta lebih kurang 100 tahun iaitu sehingga dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.

2. Zaman Penjajahan Portugis

            Bermula dari kedatangan Portugis pada tahun 1511 , Melaka dan beberapa buah negeri Melayu yang lain telah  berada di bawah kuasa penjajahan Portugis. Sewaktu penjajahan kedaulatan negeri-negeri Melayu tergadai. Portugis telah berkuasa sehingga 1641. Selepas Portugis Belanda pula menjajah Melaka dari 1641 sehingga 1824.  Selepas Belanda negeri-negeri tanah Melayu telah berada di bawah jajahan British sehingga 1957.

3. Zaman Penjajahan Belanda
            Belanda telah menjajah Melaka dari 19641 hingga 1824.

4. British di Tanah Melayu

1796 
Bitish memperolehi Pulau Pinang. Negeri Kedah telah menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat                  Hindia Timur.
1819 
British telah berjaya untuk mendaptkan Singapura.         
1824
Memperolehi kedaulatan sepenuhnya terhadap Singapura dari Johor dan juga mendapatkan Melaka selalui Perjanjian Inggeris Belanda. Perjanjian ini juga telah membahagi nusantara Melayu kepada dua bahagian di mana bahagian diambil oleh Belanda dan satu lagi oleh British.
1826 
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dicantumkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat
1846
Pulau Labuan telah menjadi sebuah tanah jajahan British selepas diserahkan oleh Sultan Brunei.
1874
Perak menerima seorang wakil British selepas menandatangani Triti Pangkor.Juga seorang pegawai British telah dihantar untuk menolong Sultan Selangor dalam pemerintahan. Sungai Ujong (salah sebuah daripada sembilan buah negeri kecil yang kemudiannya bersatu menjadi Negeri Sembilan) menjadi naungan British juga
1887
Pahang menerima seorang wakil British
1888
Kedua-dua Sarawak dan Borneo Utara telah menjadi negeri-negeri naungan dan kekal sehingga 1941
1889
Negeri Sembilan telah dibentuk dan menerima seorang wakil British.
1895
Perak, Selangor, negeri Sembilan dan Pahang telah bersatu untuk menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. (Persekutuan pertama di Semenajung)
1909
Mengikut Triti Siam telah memindahkan hak pertuanan, perlindungan dan pentadbiran Kedah,Perlis,Kelantan dan Trengganu kepada Britain. Seorang pegawai dilantik untuk setiap negeri tersebut1914 -  Negeri Johor menerima seorang pegawai. Kelima-lima negeri mempunyai badan perundangan,pentadbiran dan kehakiman masing-masing sehingga Perang Dunia Kedua.
1941 
Perang Dunia Kedua dan tanah Melayu berada di bawah pemerintah tentera Jepun
1945
Perang Dunia Kedua tamat
1946
British kembali ke Tanah Melayu dengan cadangan Malayan Union.Negeri Melaka, Pulau Pinang dan sembilan negeri Melayu yang lain akan bercantum dibawah satu pemerintahan. Pembentukan Malayan Union telah ditentang oleh rakyat khasnya orang-orang Melayu.
1948 
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dengan persetujuan semua pihak. Percantuman Semenanjung Melayu buat pertama kali tetapi tidak memenuhi syarat Negara.
1957
Kemerdekaan daripada British. Tanah Melayu telah diistiharkan sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan diterima menjadi ahli PBB.
1963
Pembentukan Malaysia di mana Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Sabah dan Sarawak telah bercantum
1965
Singapura keluar dari cantuman Malaysia .


PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA







PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERUNTUKAN UTAMA


  • Hak asasi
  • Kewarganegaraan

TAKRIF

- K. Ramanathan (1989):
- “prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian”.

PENGENALAN

• Perlembagaan ditakrifkan sebagai satu kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah khasnya eksekutif, perundangan dan kehakiman.
• Setiap negara mempunyai sejarah pembentukan perlembagaannya.

JENIS PERLEMBAGAAN

Terdapat dua jenis perlembagaan di dunia iaitu:-
1.Perlembagaan bertulis-Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan
2.Perlembagaan tidak bertulis-Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis undang-
undang tanpa sekatan. Kuasa tertinggi terletak pada Parlimen dan bukan
pada perlembagaan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA
• Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
• Hal-hal pentadbiran negara tertera di dalam perlembagaan. Ketertinggian
  Perlembagaan Malaysia menggambarkan beberapa ciri.
•     Di antaranya adalah:
i.    Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
ii.   Perlembagaan harus dijadikan sebagai panduan dalam menggubal undang- undang
      negara
iii.  Sebarang penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
      Persekutuan akan terbatal setakat mana yang bercanggah
iv.  Parlimen dan badan perundangan lain seperti Dewan Undangan Negeri, pihak
      eksekutif dan kehakiman juga mendapat bidang kuasa masing-masing dari
      perlembagaan.
v.   Ketua negara iaitu Yang Di Pertuan Agong juga menjalankan tugasnya mengikut
      Perlembagaan.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

•  Perlembagaan Malaysia mempunyai 183 Perkara. Setiap perkara dibahagikan
   kepada beberapa fasal. Selain dari itu perlembagaan juga mempunyai 13 jadual.
• 183 Perkara dalam perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian.

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN  NEGARA

Perincian Sistem dan Struktur Pentadbiran
       
Sistem
 Demokrasi Berparlimen
 Raja Berperlembagaan
Struktur
 Pentadbiran (Eksekutif)
 Perundangan
 Kehakiman
 Bidang Kuasa
 Senarai Persekutuan
 Senarai Negeri
 Senarai Bersama

Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Malaysia adalah sistem Demokrasi Berparlimen dan Sistem Raja Berperlembagaan.

Struktur pemerintahan negara mempunyai tiga badan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman

Yang Di Pertuan Agong

Yang di pertuan agong from munnianwar

Majlis Raja-Raja





Jabatan Perdana Menteri



Kementerian



Kerajaan Negeri



Badan Perundangan




Perundangan from munnianwar

BADAN KEHAKIMAN

LATAR BELAKANG KEHAKIMAN MALAYSIA

- Perlembagaan menentukan doktrin pengasingan kuasa antara ketiga-tiga badan ini.
- Perlembagaan menentukan bidang kuasa kehakiman dan mahkamah.
- Badan Kehakiman mengimbangkan kuasa antara badan Perundangan dan badan Eksekutif
- Kehakiman bebas daripada kawalan badan-badan perundangan dan eksekutif serta politik 
  semasa  menjalankan tugasnya.
- Ketua Hakim Negara adalah ketua dalam badan ini yang mengetuai semua hakim.
- Teradapat dua kumpulan mahkamah dalam sistem kita iaitu Mahkamah-mahkamah Awam
  dan  Mahkamah- Mahkamah Khas.
- Mahkamah Awam membicara kes-kes untuk orang awam tanpa kira pangkat, umur, 
  jawatan atau pekerjaan. Hukuman adalah sama untuk semua.
- Mahkamah-mahkamah Khas pula membincarakan kes mengikut fungsi tertentu.
  Contohnya Mahkamah  Syariah hanya membicarakan kes-kes yang berkaiatan dengan
  agama Islam dan hanya membicarakan orang-orang yang beragama Islam sahaja.

PENTADBIRAN MAHKAMAH


- Ketua Pentadbir mahkamah-mahkamah adalah Ketua Pendaftar. Pejabat
  ketua pendaftar mengendalikan  perkara-perkara keadilan dan pentadbiran
  di Mahkamah.
- Ketua pendaftar dibantu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah
  Tinggi Malaya dan Pendaftar mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
- Pejabat pendaftar adalah dibawah kawalan Jabatan Perdana Menteri
- Ketua pendaftar mentadbir mahkamah di bawahnya
- Setiap jenis mahkamah mempunyai ketua pendaftarnya sendiri
- Ketua pendaftar setiap mahkamah bertanggungjawab terus kepada Ketua Hakim Negara
  dan beliau dibantu oleh timbalan-timbalan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai
  pentadbir dan pegawai-pegawai lain di mahkamah.

FUNGSI-FUNGSI KEHAKIMAN

 Badan kehakiman bertanggungjawab untuk:
- mentadbir keadilan kes sivil dan jenayah secara saksama
- melindungi hak-hak asasi rakyat daripada sebarang pencabulan oleh pihak individu atau
  kerajaan.
- mentafsirkan undang-undang
- badan kehakiman juga berkuasa untuk mentafsir Perlembagaan Persekutuan.
- pihak mahkamah boleh mengistiharkan sesuatu undang-undang atau  tindakan
  badan perundangan atau eksektif tidak sah.
- badan kehakimana juga mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang
  yang bercanggahan  dengan Perlembagaan setakat mana  yang bercanggah.
- boleh membicarakan kesalahan yang berlaku di atas kapal terbang atau laut
  yang didaftarkan di Malaysia.
- menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu dan antara
  individu dengan pihak kerajaan

DEMOKRASI DAN PILIHANRAYA


       - Peranan dan bidang
       - Kuasa suruhanjaya
       - Pilihan raya


       - Proses pilihan raya

TADBIR URUS NEGARA

      - takrif dan ciri-ciri
      - sistem dan struktur pentadbiran

 Struktur Pentadbiran
 - Yang di Pertuan Agong
-  Majlis Raja-Raja
-  Suruhanjaya
-  Ketua Audit Negara
-  Kabinet
- Kementerian
- Perbadanan Awam
- Majlis Penyelerasan
- Sumber Kewangan

 Sistem Pentadbiran
 - Kerajaan Persekutuan
-  Kerajaan Negeri
-  Kerajaan Tempatan
      - pelaksanaan
      - kepentingan dan cabaran tadbir urus baik

 Kepentingan
- Globalisasi
- Daya Saing
 Cabaran
 - Sistem Penyampaian Khidmat Awam
-  Integriti
-  Pembangunan Modal Insan


KEDAULATAN MALAYSIA

PERTAHANAN

SOSIAL DAN BUDAYA

EKONOMI

POLITIK

SAINS DAN TEKNOLOGI

INTERGRASI DAN PERPADUAN