Wednesday, March 1, 2023

SEMESTER 2- TIPS MENULIS METHODOLOGI KAJIAN UNTUK KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

Untuk methodology kajian perlu ada 3 perkara/bahagian:

1. Kaedah Kajian.
 Sekurang-kurangnya 3 kaedah kajian. Boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Contohnya kaedah soal selidik, temuramah, pemerhatian, kajian kes , rujukan dan sebagainya. Setiap kaedah yang dipilih mesti diterangkan. Contohnya kalausoal selidik harus diterangkan jumlah soalan yang dikemukakan, berapa bahagian dalam soal selidik tersebut dan skala linkert  yang digunakan.

2. Sampel/responden
Harus diterangkan berapa responden atan sampel anda dan kriteria pemilihan. Juga boleh diterangkan lokasi responden dan apa-apa maklumat yang anda rasa perlu dinyatakan seperti kategori umur dan sebagainya.

3. Analisis data
Akhirnya perlu diperincikan bagaimana data dianalisakan. Adalah dalam bentuk jadual, graf bar, carta atau sebarang bentuk yang anda akan kemukan dalam kajian anda.