Sedikit tunjuk ajar
1. Pastikan semua pelajar mahir melukis media. Media akan memberi anda 20 markah. Mesticekap menyiapkan jadual dalam masa10 hingga 15 minit dan seterusnya melukis media dalam masa 20 minit. Paling PENTING luangkan 2 minit untuk menyemak media anda. Semak 5 perkara berikut:
i. TAJUK: Pastikan dalam huruf besar dan ditengah. Mesti mula dengan nama tempat, perkara dan tempoh masa. Tempoh mesti dinyatakan dari tahun berapa ke berapa.(tidak boleh menulis frasa seperti "tahun-tahun yang dinyatakan")
Contoh :
MALAYSIA: JUMLAH EKSPOT KE NEGARA ASEAN DARI TAHUN 2000 HINGGA 2008.
ii. Label paksi Y dan X dengan penuh dan betul bersama unit.
iii. Titik origin
iv. Petunjuk
v. Maklumat di paksi Y dan paksi X
vi. Jika ada data 'anggaran' pastikan ditunjuk dalam media. Tuliskan anggaran di tajuk
mengikut tahun yang terlibat dan di paksi x semasa labelkan tahun untuk media
yang dilukis.
2. Soalan struktur. 4 soalan struktur.. fokus pada
i. Petunjuk negara maju
ii. Langkah membentuk negara maju
iii. Rukun Negara ( mesti tahu objektif dan kepentingan)
iv. Wawasan 2020 ( mesti hafal 9 cabaran. Sebarang soalan berkaitan negara maju
boleh digunakan 9 cabaran ini sebagai isi)
v. Dasar-dasar negara
3. Soalan karangan. Soalan mengikut tema. Contohnya
i. Intergriti
ii. Intergrasi
iii. Orang kurang upaya
vi. Peningkatan harga barangan
v. Teknologi hijau
vi. Pekerja asing
dll
4. Mesti menjawab semua soalan. Bahagikan masa dengan bijak.
5. Baca jawapan untuk soalan tahun-tahun lepas.